a.menutab {

Saturday 9 November 2013

KERJAYA SAYA SELEPAS GRADUATE



Kerjaya merupakan impian bagi setiap orang, apatah lagi dapat mencapai cita-cita semenjak dari kecil. Kerjaya seseorang itu  tidak bergantung kepada apa yang dipelajarinya semasa di peringkat universiti atau berdasarkan kepada sijil yang diperolehinya, sebaliknya ia bergantung kepada minat, pengalaman dan kemahiran yang ada pada dirinya dan hanya segelintir yang memilih kerjaya sama dengan apa yang dipelajarinya semasa di universiti.
Pilihan kerjaya selepas saya tamat belajar nanti ialah saya ingin menjadi penulis novel. Pada umumnya, kerjaya sebagai penulis novel merupakan sesuatu yang mencabar kerana kita perlu mengolah dan mengeluarkan idea-idea dan kata-kata yang mampu menarik minat pembaca.
Saya memilih kerjaya sebagai penulis novel kerana bagi saya, kerjaya sebagai penulis novel memberi satu kepuasan kepada saya apatah lagi ia merupakan cita-cita saya semenjak berada di bangku sekolah lagi. Selain itu, saya ingin menjadi penulis novel kerana  bagi saya novel ibarat sebuah plot kehidupan kita yang diterjemahkan untuk kita berkongsi dengan masyarkat tentang sebuah kehidupan dan maksudnya saya dapat berkongsi tentang kehidupan ini dengan orang lain.
Akhir sekali, kerjaya ini mampu memberi kejayaan dalam kehidupan saya dan saya yakin saya mampu memberi satu kepuasan dalam hidup saya dengan menceburi kerjaya ini.

No comments:

Post a Comment