a.menutab {
Showing posts with label kisahku. Show all posts
Showing posts with label kisahku. Show all posts

Thursday, 5 March 2015

Keluarga bcomm

Sudah tiga tahun kami di sini bersama2 mengharungi erti bahagia,sedih,duka..setiap.dugaan itu kami selalu ada untuk.satu sama lain.alhamdullah rasa indah sangat bila ALLAH pertemukan kami.. tahun hadapan adalah tahun terakhir bagi kami.semoga kami akan tetap bersama walau kami semua akan berjauhan. Dengan mengenali mereka ku mengenal erti persahabatan.

Monday, 23 February 2015

semester baru! semangat baru!

semester baru sudah bermula dan sekarang aku di semester 6, pejam celik pejam celik dah masuk tahun ke-3.. MAK aihhhh aku rasa baru tahun lepas aku masuk di sini dan tinggal setahun lagi untuk aku dan kawan-kawan aku habiskan perjuangan kami di bumi SINTOK ini. pelbagai kenangan mannis,pahit,masim, masam dan semua aku kutip disini, termasuk di kejar dek kera dan lontong,, hehehehe.. jadinya perasaan malas itu masih lagi hidup dalam diri aku,, aiii perasaaan  malas nyah kau dari sini,, aku harus mulakan semester ini dengan semangat baru dan perlu memburu impian....

Friday, 2 January 2015

Saturday, 9 November 2013

KERJAYA SAYA SELEPAS GRADUATE



Kerjaya merupakan impian bagi setiap orang, apatah lagi dapat mencapai cita-cita semenjak dari kecil. Kerjaya seseorang itu  tidak bergantung kepada apa yang dipelajarinya semasa di peringkat universiti atau berdasarkan kepada sijil yang diperolehinya, sebaliknya ia bergantung kepada minat, pengalaman dan kemahiran yang ada pada dirinya dan hanya segelintir yang memilih kerjaya sama dengan apa yang dipelajarinya semasa di universiti.
Pilihan kerjaya selepas saya tamat belajar nanti ialah saya ingin menjadi penulis novel. Pada umumnya, kerjaya sebagai penulis novel merupakan sesuatu yang mencabar kerana kita perlu mengolah dan mengeluarkan idea-idea dan kata-kata yang mampu menarik minat pembaca.
Saya memilih kerjaya sebagai penulis novel kerana bagi saya, kerjaya sebagai penulis novel memberi satu kepuasan kepada saya apatah lagi ia merupakan cita-cita saya semenjak berada di bangku sekolah lagi. Selain itu, saya ingin menjadi penulis novel kerana  bagi saya novel ibarat sebuah plot kehidupan kita yang diterjemahkan untuk kita berkongsi dengan masyarkat tentang sebuah kehidupan dan maksudnya saya dapat berkongsi tentang kehidupan ini dengan orang lain.
Akhir sekali, kerjaya ini mampu memberi kejayaan dalam kehidupan saya dan saya yakin saya mampu memberi satu kepuasan dalam hidup saya dengan menceburi kerjaya ini.

SATU MALAYSIA : konsep satu malaysia



Konsep Satu Malaysia bermaksud rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup dalam satu rumpun dan perlu menganggap diri mereka  sebagai bangsa Malaysia yang berfikir serta bertindak ke arah mencapai satu matlamat bersama.
Dalam konsep Satu Malaysia, nilai pertama yang diamalkan ialah konsep kecemerlangan. Konsep kecemerlangan jika diamalkan oleh rakyat Malaysia mampu membawa negara kita ke suatu tahap kejayaan yang lebih tinggi. Hal ini kerana kecemerlangan dan kejayaan sesuatu negara bergantung kepada budaya dan sikap yang diamalkan oleh kita. Andai kita mengamalkan nilai murni ini dan jika dipandang oleh negara-negara luar, mereka akan mengiktiraf negara kita sebagai negara yang mementingkan nilai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Nilai yang kedua ialah konsep penerimaan. Secara umum, kita mengetahui bahawa konsep ini bermaksud masyarakat kita menerima sesuatu secara positif. Konsep penerimaan yang diamalkan di negara kita berasaskan kepada konsep toleransi dan terbuka. Dalam konsep penerimaan negara Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan yang ada dalam setiap diri masyarakat bagi memastikan negara Malaysia sentiasa harmoni.
Nilai yang ketiga ialah konsep rendah hati. Dalam konsep ini, ia merupakan sikap yang seharusnya  ada didalam setiap diri rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain. Dalam Islam, rendah hati ditakrifkan sebagai tawaduk iaitu kita memiliki suatu sifat rendah hati dan menerima setiap kekurangan serta perbezaan yang ada untuk mengekalkan dan mengeratkan hubungan yang terjalin. Oleh sebab itu, kita perlu mempunyai sikap rendah hati bagi mengelakkan persengketaan antara satu sama lain.
Konsep Satu Malaysia mampu membawa kepada aspirasi negara untuk mengukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup dalam satu rumpun dan negara walaupun mempunyai pelbagai kaum.

Saturday, 16 March 2013

first entry

bermula kisah aku sebagai blogger yang tiada pengalaman.... yang baru ingin memulakan kehidupan sebagai penulis blogger.... ^____^