a.menutab {

Saturday 9 November 2013

SATU MALAYSIA : konsep satu malaysia



Konsep Satu Malaysia bermaksud rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup dalam satu rumpun dan perlu menganggap diri mereka  sebagai bangsa Malaysia yang berfikir serta bertindak ke arah mencapai satu matlamat bersama.
Dalam konsep Satu Malaysia, nilai pertama yang diamalkan ialah konsep kecemerlangan. Konsep kecemerlangan jika diamalkan oleh rakyat Malaysia mampu membawa negara kita ke suatu tahap kejayaan yang lebih tinggi. Hal ini kerana kecemerlangan dan kejayaan sesuatu negara bergantung kepada budaya dan sikap yang diamalkan oleh kita. Andai kita mengamalkan nilai murni ini dan jika dipandang oleh negara-negara luar, mereka akan mengiktiraf negara kita sebagai negara yang mementingkan nilai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.
Nilai yang kedua ialah konsep penerimaan. Secara umum, kita mengetahui bahawa konsep ini bermaksud masyarakat kita menerima sesuatu secara positif. Konsep penerimaan yang diamalkan di negara kita berasaskan kepada konsep toleransi dan terbuka. Dalam konsep penerimaan negara Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima kekurangan dan kelebihan yang ada dalam setiap diri masyarakat bagi memastikan negara Malaysia sentiasa harmoni.
Nilai yang ketiga ialah konsep rendah hati. Dalam konsep ini, ia merupakan sikap yang seharusnya  ada didalam setiap diri rakyat Malaysia supaya mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain. Dalam Islam, rendah hati ditakrifkan sebagai tawaduk iaitu kita memiliki suatu sifat rendah hati dan menerima setiap kekurangan serta perbezaan yang ada untuk mengekalkan dan mengeratkan hubungan yang terjalin. Oleh sebab itu, kita perlu mempunyai sikap rendah hati bagi mengelakkan persengketaan antara satu sama lain.
Konsep Satu Malaysia mampu membawa kepada aspirasi negara untuk mengukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat hidup dalam satu rumpun dan negara walaupun mempunyai pelbagai kaum.

No comments:

Post a Comment