a.menutab {

Wednesday 8 January 2014

ku mencari redha ilahi

BERUBAH!!! satu perkataan yang sukar dilakukan walaupun senang disebut. aku seperti kalian juga, niat di hati ingin berubah mencari keredhaan ilahi, kerana kita tidak  tahu bila ajal akan menjemput kita.
berubah dari buruk ke arah kebaikan merupakan satu perjuangan dan memerlukan ketabahan hati, kerana hati manusia ibarat angin,yang boleh berubah-ubah.

aku bukan manusia yang sempurna, aku juga seperti kalian yang hidup selama ini berlandaskan jalan yang salah, aku hidup selama penuh dengan dosa. sampai suatu saat aku berfikir sampai bila harus aku begini? sampai bila aku harus mengejar dunia?sampai bila aku ingin hidup dengan dosa-dosa. oleh hal itu, aku nekad untuk berubah, hidup berlandaskan jalan yang benar, jalan yang diredhai oleh ALLAH s.w.t.

 jesteru itu, marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan, tidak selamanya kita akan tetap menjadi diri kita yang dulu, yang penuh dengan dosa dan kekilafan, kerana setiap manusia diberi peluang untuk berubah.


No comments:

Post a Comment