a.menutab {

Thursday 10 October 2013

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA: SISTEM PENDIDIKAN GELOMBANG PERTAMA




Transformasi pendidikan negara melibatkan tiga gelombang yang mengambil masa selama tiga belas tahun bermula tahun 2013 hingga tahun 2025. Transformasi pendidikan  bertujuan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding dengan luar negara. Dalam memastikan sektor pendidikan di negara ini membangun secara holistik dan setanding dengan luar negara, kerajaan telah memperuntukan sebanyak 15 peratus untuk pendidikan di negara ini. Di samping itu, bagi memastikan profesion guru cemerlang pada abad ke-21 penyediaan geran penyelidikan juga merupakan satu perkara yang penting bagi membantu menaik taraf profesionalisma guru dalam kerjaya mereka.
Dalam perbincangan tentang transformasi pendidikan ini, pada tahap gelombang pertama (2013-2015), kerajaan memberi penekan kepada penambahbaikan sistem. Dalam penekanan yang diberikan ini, kerajaaan ingin mempercepatkan perubahan kepada kaedah pelaksanaan program yang lebih baik dari sebelumnya.
Meningkatkan kaedah pengajaran daripada kaedah lama kepada kaedah baru dengan harapan agar proses pembelajaran berlaku dengan lebih baik merupakan suatu peningkatan terhadap kualiti pengajaran guru yang sedia ada.
Transformasi pendidikan negara pada gelombang tahap pertama ini mampu mencapai tahap dan matlamat yang diinginkan jika apa yang direncanakan mendapat kerjasama dengan semua pihak.

No comments:

Post a Comment