a.menutab {
Showing posts with label warkah. Show all posts
Showing posts with label warkah. Show all posts

Tuesday, 22 March 2016

Kasih dalam hati

bukan kita pinta untuk diuji begini, bukan kita pinta untuk terus berada dalam sebuah kegelapan. Pasti setiap dari kita inginkan sebuah kehidupan yang penuh cahaya, dimana didalamnya penuh dengan kasih yang tidak pernah suram

Tuesday, 15 March 2016

ujian buat seorang insan

ujian itu selalu hadir dalam hidup kita, disaat kita bahagia mahupun duka. Orang yang diuji oleh ALLAH s.w.t adalah orang yang paling ALLAH sayang dan ALLAH rindu. Orang yang diuji oleh ALLAH adalah seorang yang kuat. Tiada satu pun dugaan dan ujian yang ALLAH  beri kepada hambanya yang tidak boleh dilalui oleh hambanya.

Thursday, 8 October 2015

penantian yang tertunda

penantian yang tertunda itu umpama sebuah lorong yang gelap tanpa ada cahaya yang terang.

kesibukan

semakin ingin berakhir sebuah penantian,semakin sibuk untuk mengejarnya

Saturday, 15 March 2014

kerinduan pada seorang insan bernama IBU

ibu itu umpama bidadari yang menyinari kehidupan . kehidupan seseorang itu tidak akan lengkap tanpa kehadiran seorang ibu, kerana ibu lah kita menjadi kuat, kerana kasih sayang seorang ibu kita hidup bahagia..

aku pasti setiap orang bahagia di sisi seorang wanita bernama IBU... begitu juga diriku..saat sendirian ku begitu merindui kasih seorang ibu..ku begitu merindui pelukan seorang ibu.. ku sering tertanya,,masih adakah ruang untuk ku merasai kasih sayang seorang ibu..

kekadang ku terfikir begitu beruntung kalian masih miliki seorang ibu,,untuk itu hargailah seorang wanita yang bernama IBU, kerana perginya tidak akan dapat diganti lagi,walaupun beribu datang, namun kasih ibu tiada  gantinya....

Saturday, 7 December 2013

siapa aku

di  malam yang sunyi
aku mencari sinar bahagia
mencari jalan untuk diriku berubah...

aku sering tertanya-tanya
siapa aku yang sebenar??
adakah aku ini insan yang hanya menabur dosa-dosa di muka ini
atau aku hanya insan yang hidup dalam kegelapan..

begitu sukar mencari  diriku yang sebenar
aku di sini masih terkapai-kapai dalam duniaku
berilah aku jalan keluar dari semua ini...
agar ku mampu mencari diriku yang sebenar

Saturday, 23 November 2013

ANDAI AKU MAMPU

semalam,
aku masih lagi disini didalam keadaan begini..
memerhati dan terus menanti..
disaat aku memilih untuk hadir demi manusia lain...

hari ini,
aku masih mencari arah untuk pergi,
aku tidak ingin lagi hidup didalam memori,
disaat aku memilih untuk berjuang demi diri sendiri..

dan hari esok,
mungkin ia akan menghadiahkan sesuatu yang tiada pada hari ini,
mungkin ia akan menjadi saksi tentang bukti tentang kewujudanku,
dan maafkan aku andai esok aku bukan lagi manusia semalam...

kemaafan dari seorang sahabat untuk sahabat

Buatmu sahabat..
maaf bila kau terjatuh aku tiada untuk mengangkatmu..
maaf bila aku tiada untuk menenangkanmu saat kau menangis...
maaf kerna tiada dibelakangmu sebagai kekuatan untuk kau melangkah kedepan....

maafkan aku kerna tiada wujud untuk menyaksikan detik-detik indah itu...
maafkan aku kerna membiarkanmu bersendirian berjalan,
maafkan aku kerna tiada untuk melihat kau menjadi lebih dewasa,
dan maafkan aku kerna tiada bersama untuk berjuang diarena ini...

-doaku buatmu sahabat... 

terbanglah menerokai langit yang indah terbentang untuk dinikmati keindahan alamnya... dan seandainya hatimu terdetik untuk melihat kembali saat kita berlari didalam hujan, lihatlah dibawah,pasti ada senyuman untukmu-

kau sahabatku



Sepi ke sepi ku biarkan masa terus berlari,
lama aku berdiri didepan cermin bagaikan melihat diri sendiri,
memutarkan kembali hari-hari yang terhapus dari memori,
 ketika waktunya aku terjatuh, rebah dan terbaring...
mereka adalah insan-insan yang kupenjarakan diruang hatiku,

 kewujudan mereka mengajar aku menjadi lebih dewasa,
 menjadi tangan yang menyapu airmata saat aku menangis,
 yang mengangkat aku saat aku terbaring rebah,
 insan yang memberi harapan ketika waktu aku mengalah,
 manusia yang memberi peluang untuk aku kembali bangkit,
membina semula kehidupan yang telah aku musnahkan...

 memberi nafas untuk aku terus bernyawa,
 setelah sekian lama aku mati dilembah dosa..

meraka yang akan menangis disaat melihat aku disakiti,
 yang bertanggungjawap mengheret aku ke daratan,
setelah aku hampir mati kelemasan,
 manusia yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk aku sebagai sahabat mereka...

MALAYSIA tanah berjasa



Bulan purnama datangnya tiba
Tarikh keramat pejuang Negara
Pejuang bela nama tersemat selamanya
Tiada mereka siapalah kita

Tiba masanya berkenang jasa
Jasa permata tiada lawannya
Tuntut segala hartanya kita
Tanpa mereka beputih matalah jua kita

Khalbu nan suci bak permata pahlawan
Bela nasib hamba durjana
Celik mindamu mematah kata
Bebasnya hamba jauhnya sengkta jua

31 Ogos detiknya bermula
Lepasan jiwa terbangnya merata
Bebasnya kita dari sangka rneraka
Tanah airku merasa jua selamanya

Bangunnya rakyat dari gulita
Terbitnya sinar nurani insan
Laungan sukma bebas bergema bertebaran
Menyambut mulia hari KEMERDEKAAN


Titisan ngalir di mata kaca
Khalbu berdetak lonjaknya rasa
Bebas terasa jauhnya pergi sengketa selamanya
Hari nan tiba pengubah segala

Menteri permula pembangun  bangsa
Abdul Rahman diberita kasing jua
Pejuang murni permata bangsa
Merdekanya jelata kernajuangnya

Melayu Cina danj uga India
Kaum penting akraban Negara
Hidup bersatu hindari bala
Murnilah Malaysia tanah tercinta



Kasih ibu



Andai aku mampu...
Akan ku balas segenap cinta DAN kasihmu...
Akan ku persembahkan seterang kilauanmu...
Sehangat dakapanmu, setulus kasihmu...
Dan sebijak nasihatmu...

Andai ku tahu ibu..
Tanganmu tak pernah terlepas berharap untukku...
Dalam setiap doa yang ku panjatkan...
Mata hatimu selalu terjaga dalam setiap derapku...
Aku berharap  agar sekalung kebahagianku...
Selalu bersamamu ibu...
Untuk selama-lamanya...

Warisan pemangkin Negara



Rerama terbit di kepompong dahan
Terbangnya bebas di awang-awangan
Berterbangan bebas maju ke hadapan
Simbol rakyat capai  jua kemerdekaan

Tanah air jua tumpah darahnya
Darah mulia membela maruah
Waris ku kini kenang lah juga
Pengorbanan wira tak tertanding kita

Negara terbilang aman sentosa
Bebasnya kita dari sengsara
Hargai kita jangan dimurka
Pecahnya jelata meranalah kita

Pasca merdeka perginya jua
Datangnya kita setelah merdeka
Himpunlah ilmu sahsiah   berguna
Mantan memimpin Negara tercinta

Pandang ke timur dasar dibina
Yakinya menteri mengubah dunia
Bersatu padu rakyat Malaysia
Susah mulanya membangun akhirnya




Dengarlah ingatlah anak merdeka
Bersatu padu lah jangan di alpa
Cintailah selamanya Negara tercinta
Berlajarlah kita capaikan cita-cita

Rumah ilmu asas ilmiah
Pengubah hidup anak-anak insaniah
Pemangkin Negara penuh bersahsiah
Tanda Malaysia kehadapan terserlah